Pada 30 April 2008, Kelas Masakan, PKK PKM telah menganjurkan pertandingan membuat puding serta menghias/menyusun peralatan di meja makan mengikut tatacara yang betul. Pertandingan ini melibatkan peserta kelas PKK yang terdiri daripada surirumah, pekerja sektor awam/swasta, pesara dan pelajar lepasan SPM. Sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan juga kaum terhadap kelas PKK di PKM Langkawi amat menggalakkan. Kelas PKK menawarkan pelbagai kursus yang berkaitan masakan dan penyajian makanan. Di samping belajar, peserta juga didedahkan dengan pelbagai kursus anjuran KEMAS contohnya seperti Kursus Bimbingan Usahawan.
Penyelia Kanan, KEMAS Parlimen Langkawi, En. Hadnan bin Ismail sedang memberi ucapan pada majlis penutup dan penyampain hadiah. Di sebelah kanan adalah PM PKK, Pn. Noor Azean binti Abu Bakar
Para peserta khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh En. Hadnan
Persiapan terakhir sebelum majlis penutup diadakan; Penyajian makanan, Chicken Chop, BBQ Sos, Fruit salad
Ermmmm....kombinasi warna yang menarik...hijau kuning semestinya KEDAH
Persiapan terakhir sebelum majlis penutup diadakan; Penyajian makanan, Chicken Chop, BBQ Sos, Fruit salad
Ermmmm....kombinasi warna yang menarik...hijau kuning semestinya KEDAH
Sesi penilaian Pertandingan Puding oleh para pengadil
No comments:
Post a Comment