Monday, June 23, 2008

Lawatan Pemantauan Penyelia-Penyelia CPM sempena kursus penyelia bahagian pend. masyarakat siri 1

Pada 18 Jun 2008, satu lawatan oleh para Penyelia CPM KEMAS dari zon utara (Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah) telah melakukan lawatan pemantauan sempena Kursus Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat Siri 1. Mereka telah dipecahkan kepada bebrapa kumpulan dan ditugaskan memantau kelas komputer, kelas masakan, kelas jahitan dan aktiviti pusat sumber. Di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Langkawi, mereka telah melawat Kelas Masakan dan Kelas Komputer. Pada hari tersebut, kelas masakan telah menganjurkan satu pertandingan yang menguji kecekapan peserta-peserta kelas tersebut menyediakan resepi yang telah dipelajari. Kelas Komputer pula mengadakan Kursus Komputer kepada kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi.

En. Mohamad bin Omar (mantan TKPO KEMAS, kanan sekali) dan para penyelia menikmati juadah yang disediakan

Penyelia mengambil tempat di meja untuk bersantap

Yummy....juadahnya

Kuih Cara Berlauk, Roti Kirai dan Kuih Ketayap

Para pengadil mengadili pertandingan

Roti Kirai atau lebih dikenali sebagai Roti Jala di Kedah

Yang dalam mangkuk tu kuah durian

Kuih Ketayap yang dipotong

Rupa Kuih Ketayap yang asli

Peserta menghidang juadah di meja makan

Sibuk melakukan persiapan terakhir

Teruja.....

Pemaju Masyarakat Pusat Masakan membantu peserta membetulkan cara menghidang di meja makan

Peserta kelas masakan sibuk menyediakan juadah

Pemaju Masyarakat Pusat Masakan memberi penerangan kepada para peserta

Para peserta pusat masakan.....dah boleh jadi chef dah....tengok gaya pun dah yakin..

Para penyelia yang memantau kelas komputer berbincang mengenai laporan yang perlu disiapkan

Kelas Komputer - Kursus MS Power Point kepada kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi

HARI POTENSI PARLIMEN LANGKAWI

Ini adalah sebahagian daripada suasana yang dapat dirakamkan oleh saya semasa Hari Potensi Peringkat Parlimen Langkawi pada 18 Jun 2008. Program ini diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Parlimen Langkawi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para waris yang memberikan kerjasama kepada pihak KEMAS dalam menjayakan program ini. Hari potensi diadakan bagi mengcungkil bakat-bakat cilik dalam berpidato, bercerita, berlakon teater puppet, tarian dan nyanyian nasyid serta reka cipta.
hasil rekacipta

Salah seorang peserta yang tekun menghabiskan projek rekacipta mereka

Belajar bekerjasama dalam kumpulan

Kreativiti kanak-kanak

Bersedia untuk giliran persembahan

Tarian muhibbah

Comelnya.....

Lemah gemalai gerak tarinya

Zapin....sporting la kanak-kanak ini..

Menyaksikan persembahan kawan-kawan yang lain

Sibuk di belakang tabir

Tuesday, June 17, 2008

Jamuan Sempena Persaraan PM Tabika KEMAS Parlimen Langkawi

Pada 31 Mac 2008, Unit Prasekolah Parlimen Langkawi telah mengadakan Majlis Meraikan PM Tabika yang telah bersara pada Mac 2008. Majlis ini telah diadakan di Sandy Beach, Pantai Cenang.


Penyelia Kanan, Penyelia2, PM yang telah bersara dan PM2 Langkawi

Pn. Salmeah binti Ibrahim

Pn. Siti Zaleha binti Mad Din

Penyelia Kanan sedang berucap

Menuggu kehadiran PM2

ermmmm....lapar la...sedap nampaknya

Demonstrasi masakan ini telah dijalankan di seluruh Langkawi, di lokasi-lokasi terpilih. Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) dan peserta/bekas peserta kelas Pusat Masakan turut terlibat menjayakan demonstrasi ini. Melalui program ini, KEMAS dapat mendekati masyarakat serta menyalurkan ilmu kepada mereka. Sementara menunggu makanan masak, Pemaju Masyarakat Bina Insan membuat diskusi ilmu.
28 Februari 2008 - Demonstrasi Masakan & Diskusi Ilmu di Tabika Bayas

PM Bina insan mengadakan diskusi ilmu

Resipi : Nasi Bukhari

Bolehlah cuba rasa.....


Bekas peserta Kelas Masakan menunjukkan cara-cara memasak Nasi Bukhari

Saturday, June 14, 2008

PROGRAM PUSAT SUMBER

Pada 8/5/2008, telah diadakan Program Galakan Membaca di Pusat Sumber PKM. Pusat Sumber PKM dibuka pada hari Ahad hingga Khamis, jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Di sini, pelajar/orang awam dapat membuat rujukan, membaca buku/majalah dan meminjam bahan bacaan/buku/novel. Di samping itu, Pusat Sumber juga menyediakan bahan permainan seperti carrom, congkak, permainan silangkata, jigsaw puzzle, Dam , Saidina dan banyak lagi.
Untuk mengalakkan kehadiran dan keahlian Kelas Pusat Sumber, setiap bulan mulai Februari diadakan pertandingan bulanan,bagi bulan Februari Pertandingan Terbuka Karom, Bulan Mac Pertandingan Terbuka Congkak, Bulan April Terbuka Batu Seremban & Cantuman Puzzle Berpasangan Keluarga, Bulan Mei Program Galakan Membaca untuk Sekolah-sekolah Rendah & Pertandingan Mewarna dan Pakaian Beragam Kanak-kanak TABIIKA KEMAS dan Bulan Jun PM Bercerita Fiksyen Inggeris dengan mengunakan Talking Pen pada kanak-kanak TABIKA . Dengan cara itu dapat menarik minat pada masyarakat serta pelajar-pelajar untuk datang ke Kelas Pusat Sumber. Tujuan Pertandingan itu di adakan juga adalah untuk menjadi kan Kelas Pusat Sumber bukan sekadar tempat membaca & membuat rujukan malah juga tempat beriadah dengan permainan-permainan yang menyeronokkan.

Hadiah yang disediakan. PM Pusat Sumber, PKM Langkawi bertungkus lumus menjayakan program ini, dibantu oleh kakitangan yang lain.

Pertandingan pakaian beragam

Pertandingan Mewarna kanak-kanak tabika
Sebahagian peserta pertandingan bercerita dan guru pengiring yang menunggu majlis dimulakan

AKTIVITI PUSAT MASAKAN

Pada 30 April 2008, Kelas Masakan, PKK PKM telah menganjurkan pertandingan membuat puding serta menghias/menyusun peralatan di meja makan mengikut tatacara yang betul. Pertandingan ini melibatkan peserta kelas PKK yang terdiri daripada surirumah, pekerja sektor awam/swasta, pesara dan pelajar lepasan SPM. Sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan juga kaum terhadap kelas PKK di PKM Langkawi amat menggalakkan. Kelas PKK menawarkan pelbagai kursus yang berkaitan masakan dan penyajian makanan. Di samping belajar, peserta juga didedahkan dengan pelbagai kursus anjuran KEMAS contohnya seperti Kursus Bimbingan Usahawan.
Penyelia Kanan, KEMAS Parlimen Langkawi, En. Hadnan bin Ismail sedang memberi ucapan pada majlis penutup dan penyampain hadiah. Di sebelah kanan adalah PM PKK, Pn. Noor Azean binti Abu Bakar

Para peserta khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh En. Hadnan

Persiapan terakhir sebelum majlis penutup diadakan; Penyajian makanan, Chicken Chop, BBQ Sos, Fruit salad

Ermmmm....kombinasi warna yang menarik...hijau kuning semestinya KEDAH

Sesi penilaian Pertandingan Puding oleh para pengadil


Puding; yang ni menarik sket sebab puding itu di carving sehingga terhasilnya sekuntum bunga

Rupa biasa saje, tapi rasanyer marvellous. Puding Cendol ini dibuat oleh seorang peserta lepasan SPM yang telah mendapat tempat pertama

yummy.......cantik dan menarik...sedappppp


Puding...tak pandai buat memang tak jadik cam ni....


Antara yang bertanding....puding-puding....
TATACARA SUSUNAN DI MEJA MAKAN

Menyaji meja makan

Kreativiti peserta...dihasilkan berkumpulan