Tuesday, September 23, 2008

Pertandingan Memasak Nasi Goreng - Ujian Kemahiran Memasak

Pada 28 Ogos 2008 yang lalu, bertempat di Pusat Masakan KEMAS Parlimen Langkawi, telah diadakan Pertandingan Memasak Nasi Goreng. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk menambah kemahiran dan mutu masakan para peserta kelas Pusat Masakan selain menilai prestasi peserta tersebut setelah mengikuti kelas yang dianjurkan. Seramai 20 orang peserta Pusat Masakan terlibat. Mereka ini telah menjalani saringan penilaian prestasi untuk menentukan kebolehan dan kemahiran yang dipelajari dan yang layak untuk memasuki penilaian peringkat akhir hanya 20 orang daripada sejumlah 35 orang peserta. Berdasarkan penilaian inilah, para peserta akan diberi sijil kemahiran pada akhir tahun.
Metodologi pertandingan: Pusat Masakan menyediakan bahan asas seperti nasi, sayur, dan sos. Peserta akan menggunakan kreativiti sendiri bagi menghasilkan nasi goreng yang berlainan rasa serta cara penyajian. Disamping memasak, peserta juga akan dinilai dari segi teknik mengajar memasak.
Dengan ini, KEMAS akan dapat membantu para peserta mempercayai kebolehan diri sendiri dan berkeyakinan berdepan dengan audience. KEMAS mengsasarkan para peserta mampu menjadi usahawan dengan ilmu yang telah dipelajari.

Pengadilan dilakukan oleh Puan Suhaiza binti Awang Hamat dan Chef Sakri.

Keputusan pertandingan :

  1. Puan Rosnah binti Hamid
  2. Puan Faridah binti Said
  3. Puan Umi Kalsom binti Ahmad
Nasi Goreng Nenas

Bahan-bahan asas yang disediakan oleh Pusat Masakan

Khusyuk menggoreng....

Pengadilan semasa memasak

Menyajikan nasi goreng di meja pengadilan

Tekun....

Pengadil memberi taklimat

Skill menggoreng...sebelah tangan jerrr...

Aduhai....sedap jer nampak...

Menarik....tertarik....da boommmm

Skill....

Kreativiti.....

Antara hidangan untuk jamuan majlis penutupan & juga kenduri menyambut puasa oleh peserta kelas

Bersabar menunggu keputusan pertandingan

Nak rasa nihhh.....

Yumm...yum....En. Manab menikmati jamuan yang disediakan

Pening mengira markah, semuanya handal belaka....

Cenderahati untuk pengadil, Puan Suhaiza binti Awang Hamat

Cenderahati pengadil, Chef Sakri

Pemenang tempat pertama, Puan Rosnah

Pemenang tempat kedua, Puan Faridah

Pemenang tempat ketiga - Pn. Umi Kalsom binti Ahmad