Tuesday, September 23, 2008

Pertandingan Memasak Nasi Goreng - Ujian Kemahiran Memasak

Pada 28 Ogos 2008 yang lalu, bertempat di Pusat Masakan KEMAS Parlimen Langkawi, telah diadakan Pertandingan Memasak Nasi Goreng. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk menambah kemahiran dan mutu masakan para peserta kelas Pusat Masakan selain menilai prestasi peserta tersebut setelah mengikuti kelas yang dianjurkan. Seramai 20 orang peserta Pusat Masakan terlibat. Mereka ini telah menjalani saringan penilaian prestasi untuk menentukan kebolehan dan kemahiran yang dipelajari dan yang layak untuk memasuki penilaian peringkat akhir hanya 20 orang daripada sejumlah 35 orang peserta. Berdasarkan penilaian inilah, para peserta akan diberi sijil kemahiran pada akhir tahun.
Metodologi pertandingan: Pusat Masakan menyediakan bahan asas seperti nasi, sayur, dan sos. Peserta akan menggunakan kreativiti sendiri bagi menghasilkan nasi goreng yang berlainan rasa serta cara penyajian. Disamping memasak, peserta juga akan dinilai dari segi teknik mengajar memasak.
Dengan ini, KEMAS akan dapat membantu para peserta mempercayai kebolehan diri sendiri dan berkeyakinan berdepan dengan audience. KEMAS mengsasarkan para peserta mampu menjadi usahawan dengan ilmu yang telah dipelajari.

Pengadilan dilakukan oleh Puan Suhaiza binti Awang Hamat dan Chef Sakri.

Keputusan pertandingan :

  1. Puan Rosnah binti Hamid
  2. Puan Faridah binti Said
  3. Puan Umi Kalsom binti Ahmad
Nasi Goreng Nenas

Bahan-bahan asas yang disediakan oleh Pusat Masakan

Khusyuk menggoreng....

Pengadilan semasa memasak

Menyajikan nasi goreng di meja pengadilan

Tekun....

Pengadil memberi taklimat

Skill menggoreng...sebelah tangan jerrr...

Aduhai....sedap jer nampak...

Menarik....tertarik....da boommmm

Skill....

Kreativiti.....

Antara hidangan untuk jamuan majlis penutupan & juga kenduri menyambut puasa oleh peserta kelas

Bersabar menunggu keputusan pertandingan

Nak rasa nihhh.....

Yumm...yum....En. Manab menikmati jamuan yang disediakan

Pening mengira markah, semuanya handal belaka....

Cenderahati untuk pengadil, Puan Suhaiza binti Awang Hamat

Cenderahati pengadil, Chef Sakri

Pemenang tempat pertama, Puan Rosnah

Pemenang tempat kedua, Puan Faridah

Pemenang tempat ketiga - Pn. Umi Kalsom binti Ahmad

Sunday, July 13, 2008

Penilaian Kanak-kanak TABIKA KEMAS

Pada 12 Julai 2008, satu penilaian terhadap kanak-kanak TABIKA KEMAS telah diadakan di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Langkawi. Penilaian ini dilakukan untuk memilih kanak-kanak yang cemerlang, untuk mewakili parlimen ke Hari Potensi Kanak-kanak TABIKA KEMAS Peringkat Negeri Kedah. Guru TABIKA akan memilih seorang kanak-kanak yang berketrampilan, aktif, serta pandai membaca untuk dinilai di peringkat parlimen. Berikut merupakan sedutan pada hari tersebut: :-)

Finalisnya, pada sesi penilaian akhir

Ujian matematik bertulis

Adik Shahran Iezzat membaca ayat-ayat dari Surah Yassin yang dihafalnya

Keberanian....seorang kanak-kanak bercerita di hadapan kawan-kawan

Sabar menanti sesi penialaian selesai

Ice breaking session


Sesi permulaan....berbaris untuk menyanyikan lagu negaraku

Wednesday, July 2, 2008

Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan (3K) 2007

Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan (3K) 2007, Tabika-tabika KEMAS seluruh Langkawi telah diadakan pada 13 hingga 15 Mei 2007. Para pengadil yang terlibat adalah daripada KEMAS, Jabatan Kesihatan Langkawi dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi. Mari kita saksikan kehebatan tabika-tabika KEMAS yang bertanding, menceriakan bangunan sesuai untuk pembelajaran yang selesa dan efektif kepada kanak-kanak. Suasana ini harus dikekalkan bagi membolehkan keselesaan belajar dan menarik minat kanak-kanak datang ke sekolah. :-)



Terpesona


Indahnya

Ceria, kreatif dan menarik...

Alam haiwan

Kreativiti...

Ceria.... :-)

Tabika Temonyong

Pengiraan markah....di Charlie Motel Restaurant

Hadiah saguhati untuk pengadil

Pengadil menilai aspek keselamatan

KEK UNTUKMU... :-)

Bermula pertengahan bulan Jun 2008, beberapa orang peserta kelas masakan, Pusat Masakan PKM Langkawi telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program penambahan pendapatan. Produk yang dikeluarkan ialah kek yang sesuai dijadikan pencuci mulut, juadah minum petang dan lain-lain. Produk ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Sesiapa yang berminat untuk menempah kek ini, silalah berhubung dengan Puan Noor Azean di talian 04 - 966 6977 (9.00pg - 5.00ptg, Ahad-Khamis) , 017 - 442 2293 atau 017 - 777 3825.

Kek ini dijual dengan harga RM0.10 sebiji bagi kek saiz kecil, dan RM 1.00/3 biji untuk saiz besar. Harga boleh dirundingkan jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak. :-)

Sesuai sangat jika nak buat ole-ole/buah tangan untuk VIP untuk majlis-majlis atau kenduri kahwin. Packaging akan ditambahbaikan pada masa akan datang.
:-)

Tekunnya peserta ini.....


Kek mini....



Cikgu Noor Azean dan para peserta yang menjalankan program penambahan pendapatan Pusat Masakan , PKM Langkawi

Kek yang tersebut...atau kek itu....atau yang sewaktu dengannya

Baru keluar oven...


Membakar didalam oven